11 August 2009

Bala atau Musibah?

Harus disedari bahawa dalam realiti hidup bahawa kesusahan merupakan sunnatulLah yang akan menyempurnakan warna-warni corak kehidupan.SunntaulLah dalah suatu kanun yang tetap berlaku secara istiqamah selama kita berada di alam dunia.Firman Allah dalam surah al-Rum ayat 30 , maksudnya :
"tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"

Rela atau tidak , pastinya manusia akan diuji sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat ke 155 :
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"

Pada dasarnya manusia tidak gemar kesusahan.Apatah lagi jika kesukaran itu diiringi dengan kepedihan kehilangan, kematian dan perselisihan.Namun demikian, jika dikaji secara mendalam , di sebalik pengalaman-pengalaman pahit yang dilalui sebenarnya tersirat hikmat yang cukup luarbiasa daripadaNya.Kesulitan akan menyebabkan terhasilnya pengetahuan, kerana ia menjadi pengalaman yang cukup berharga untuk menghadapai hari depan dengan lebih kuat dan kraetif.


Mengahdapi ujian ini, muslim perlu memperlengkapkan dirinya dengan petua-petua berikut:

Pertama :
Hendaklah berbaik sangka dengan Allah yang telah mentakdirkan ujian yang berlaku.Hakikatnya semua orang akan melihat sudut yang negative tentang apa yang berlaku, sedangkan terdapat banyak perkara yang positif di sebaliknya.Hanya orang yang bijak dan sabar sahaja yang akan memperolehi perkara-perkara positif di sebaliknya.Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 maksudnya : "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.Barangkali tepat untuk dikemukakan bandingan yang diberikan oleh Muhammad al-Ghazali : " Jika anda diberi segelas air jeruk yang masam, janganlah dibuang tapi tambahlah gula padanya!

Kedua,
muslim hendaklah meneruskan kehidupan seperti biasa, meneruskan agenda hidup dengan keceriaan dan bahagia.Benar kata-kata mereka : " Life has to carry on".Kita tidak sepatutnya berlarutan dalam duka.Lakukan latihan-latihan yang dapat meneruskan kesinambungan hidup secara-konsisten.

Ketiga,
hadapilah ujian dengan objektif tanpa panic dan bayangkan suasana yang lebih baik yang pasti akan berlaku selepas ini.Firman Allah swt dalam surah al-Syarh ayat ke 5-6 maksudnya : Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Keempat:
pelihara iman kerana ia merupakan energi hidup.Teruskan kesinambungan hidup dengan membersihkan hati agar menyinar nur keimanan dalm diri buat bekalan menghadapi kesusahan dengan semangat dan ketabahan.Orang yang sengsara bukanlah orang yang kehilangan harta benda tetapi orang yang terkikis dan terhakis imannya dek kegagalan menghadapi kepayahan yang sementara, sanggup memperdagangkan iman kerana mengelakkan kerugian harta.


Dan wasiat terakhir,
hadapilah hari-hari ini dengan memperbanyakkan munajat dan berdoa kepada Allah.Antara doa yang menjadi amalan salaf yang dianjurkan oleh Nabi apabila mengahdapi kesusahan dan kesedihan ialah dengan berdoa :
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.
( HR Ahmad dan Ibn Hibban, dianggap sahih oleh al-Albani dalam silsilah al-Ahadith al-Sahihah ) .

Semuga kita semua dikurniakn Allah sifat kekuatan oleh Allah mengadapi musibah dalam apa bentuknya sekalipun dnegan keimanan dan ketenangan.

Sumber :
http://www.zahazan.net/index/artikel-ustaz-zahazan/rahsia-solat-awal-waktu-kelak-saya-komen-yer.html
Terima Kasih Ustaz Zahazan.

Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Ditulis oleh Ustaz Zahazan
http://www.zahazan.net/index/artikel-ustaz-zahazan/rahsia-solat-awal-waktu-kelak-saya-komen-yer.html

06 August 2009

Laman e-TiMeS berwajah baru

Laman blog majalah sekolah kita (e-TiMeS) telah berubah wajah bermula hari ini, 6 Ogos 2009.

Dengan wajah terbaru yang lebih segar dan ceria ini, diharap mendapat perhatian dan tindak-balas yang baik daripada kalangan warga TMS semua.

Selamat datang dan sentiasalah berkunjung ke Laman kita ini untuk mendapat maklumat dan berita terbaru tentang sekolah yang kita sayangi dan cintai selalu.

Bagi yang ingin berkongsi apa sahaja bahan untuk siaran dalam Laman ini sila 'e-mel'kan kepada editor.times.tmskpns@gmail.com.

Terima kasih.

27 July 2009

Penggambaran untuk majalah sekolah 2009

Hari ini dijalankan aktiviti penggambaran untuk dimuatkan dalam majalah TiMeS 2009.

07 July 2009

Bulan Sains dan Matematik Peringkat Sekolah 2009

Sepanjang bulan Julai ini, Unit Sains dan Matematik menganjurkan bulan Sains dan Matematik.

Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua pada 6 Julai, Hari Isnin lepas di Dewan Besar Tuanku Jaafar.Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan acara perasmian berkenaan, baik secara langsung atau secara tidak langsung.

Sepanjang bulan ini pelbagai aktiviti telah dirancang.Diharap semua pelajar TMS dapat melibatkan diri dalam acara yang telah dirancang.Hadiah disediakan kepada setiap pemenang.Antara aktiviti berkenaan ialah
i)Bijak Sudoku
ii)Kira Pantas
iii)Buku Skrap
iv)G Math
v)dll

Selamat berjaya dan syabas kepada palajar yang menyahuht cabaran sepanjang bulan Sains dan Matematik ini.