15 August 2008

LDP Panitia Bahasa Melayu

TMS , 12 Ogos 2008 - Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan satu sessi Latihan Dalam Perkhidmatan bertajuk Teknik Mengarang yang diadakan di Makmal ICT sekolah. Sessi LDP itu telah dihadiri oleh seramai 9 orang guru. Turut hadir ialah Ketua Bidang Bahasa, Puan Azmah Ahmad.
LDP berkenaan telah dikendalikan oleh Cikgu Murad, yang telah menghadiri kursus Teknik Mengarang sebelum ini. Ketua Panitia Bahasa Melayu, Puan Aishah Maulud menyatakan LDP ini sangat baik untuk memantapkan lagi kemahiran mengarang para pelajar sekolah ini. Guru-guru telah didedahkan beberapa kaedah penggunaan alat berfikir untuk mendapatkan isi karangan. Kaedah Dikemasna dan kaedah Wawasan juga banyak membantu guru untuk mengembangkan isi karangan.
Adalah diharapkan hasil daripada LDP ini dapat dimanfaatkan untuk kecemerlangan pelajar sekolah ini.

05 August 2008

04 August 2008

Kata alu-aluan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...
Selamat datang ke Malajah TiMes versi siber.
Semoga anda semua dapat memanfaatkan era ICT kini.

Sekirannya anda ingin menyumbang idea dalam SUDUT KARYA sila e-mel karya anda yang asli ke editor.times.tmskpns@gmail.com

Karya* yang dihantar akan disiarkan dalam ruangan blog malajah TiMeS ini.
Selamat Berkarya. Idea kreatif daripada anda kami amat hargai. Terima Kasih.

*Tertakluk kepada terma dan syarat