29 July 2008

Akan Datang : Perlawanan Tenpin Boling

Semua guru, keluarga guru dan kakitangan TMS,
Satu perlawanan tenpin boling anjuran Kelab Guru TMS akan diadakan lagi pada bulan Oktober(lepas cuti raya dulu la) tarikh tu akan dimaklumkan kemudian.
Tempat : Pusat Boling Era, Bahau. (Cadangan)
Jika ada tempat lain sila komen la nak cadang di mana?

Kategori yang akan dipertandingkan adalah ;
--------- i) Perseorangan Lelaki
------------ ii) Perseorangan Perempuan
---------------(iii) Pasangan Trio

Hadiah :
Bagi Perseorangan lelaki/Perempuan disediakan untuk 10 tempat teratas.
Bagi Pasangan Trio disediakan 5 tempat teratas.

Semua boleh bersedia sekarang!
Selamat berjaya dan majulah sukan untuk semua.

28 July 2008

Keputusan Perlawanan Tenpin Boling Kelab Guru TMS 2008

Berikut ialah keputusan Perlawanan Tenpin Boling Kelab Guru TMS 2008.

1. KUMPULAN
---Johan : Kumpulan 3 - En.Roslan bin Ibrahim & En. Ali Anaapia
-----Naib Johan : Kumpulan 2 - En. Zulkifli & Cik Hasni bt Hashim
---------Ketiga : Kumpulan 5 - En. Abdul Latif & Adik Farah Liyana
------------Keempat : Kumpulan 8 - Pn. Siti Aishah & Pn. Siti Aznum
---------------Kelima : Kumpulan 4 - En. Zainuddin & Adik Syahmi

2. Hi-Game
------Lelaki : En. Zainuddin bin Ahad
---------Perempuan : Cik Hasni bt Hashim

Syabas dan Tahniah kepada para pemenang.


Ranking

Lelaki :
---------1. En.Ali Anaapia
-----------2. En. Abdul Latif bin Ismail
------------3. En.Ahmad Zainuddin bin Ahad
-------------4. En. Roslan bin Ibrahim
--------------5. En.Zulkifli bin Muhamad
---------------6. En.Syahrul Ghani bin Zainal Abidin
----------------7. Adik Ahmad Syahmi bin Ahmad Zainnuddin

Perempuan :
---------1. Cik Hasni bt Hashim
-----------2. Pn. Siti Aishah bt Maulud
------------3. Adik Farah Liyana bt Abdul Latif
-------------4. Pn. Faridah bt Saad
--------------5. Pn. Siti Aznum bt Senon
---------------6. Pn. Suraya Hanim bt Mohd Shariff
----------------7. Cik Rosnani bt Adam
-----------------8. Cik Zarina bt Razlan
------------------9. Pn. Rohana bt Ahmad

Peperiksaan Percubaan PMR NS 2008

Kepada semua pelajat Tingkatan 3 TMS 2008,

Selamat Berjaya dalam Peperiksaan Percubaan PMR Negeri Sembilan 2008 yang akan bermula pada 4 hingga 8 Ogos 2008.
Bersedia secara fizikal dan mental mampu memberi impak yang positif kepada keputusan anda.
Sediakan segala kelengkapan fizikal untuk menghadiri peperiksaan seperti pen, pensil, pemadam, alatan geometri, pembaris, kalkulator dan barang-barang lain yang difkirkan perlu.
Datang awal ke tempat peperiksaan. Jika terlewat pastinya anda akan terburu-buru. Pastinya anda menjawab nanti jadi tidak tentu.Fikir-fikirkanlah anak-anak semua.

Kami guru-guru dan warga TMS sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua pelajar PMR 2008. Selamat menempuhi Peperiksaan Percubaan PMR NS 2008.

Perlawanan Tenpin Boling Kelab Guru TMS 2008

Perlawanan Tenpin Boling anjuran Kelab Guru TMS telah diadkan dengan jayanya pada 26 Julai 2008, hari Sabtu lepas di Centre Court Paroi seremban. Perlawanan ini bermula pukul 4 ptg dan berakhir jam 6.30 ptg.Perlawanan dijalankan sebanyak 2 game.
Seramai 16 orang guru/ahli keluarga guru telah menyertai pertandingan ini; 7 peserta lelaki dan 9 peserta perempuan.Melihat kepada persembahan peserta-peserta ini, ada potensi untuk melangkah lebih tinggi lagi. Bagaimanapun, syabas dan tahniah kepada semua peserta kerana dapat meluangkan masa ntuk menjayakan perlawanan boling ini yang julung-julung kali dianjurkan.
Berikut adalah peserta yang menyertai perlawanan tenpin boling tempoh hari :

1) En. Syahrul Ghani bin Zainal Abidin
2) En. Roslan bin Ibrahim
3) Adik Ahmad Syahmi bin Ahmad Zainuddin ( * Pn.Rohana bt Ahmad)
4) En. Ahmad Zainuddin bin Ahad ( * Pn.Rohana bt Ahmad )
5) Pn.Rohana bt Ahmad
6) Pn.Siti Aznum bt Senom
7) Cik Rosnani bt Adam
8) Pn. Faridah bt Saad
9) En, Abdul Latif bin Ismail (*Pn. Faridah bt Saad )
10)Adik Farah Liyana bt Abdul Latif ( *Pn. Faridah bt Saad)
11)Pn. Siti Aishah bt Maulud
12)En. Zulkifli bin Muhamad
13)Pn. Suraya Hanim bt Mohd Shariff
14)Cik Zarina bt Razlan
15)En.Ali Anaapia bin Abu Seman
16)Cik Hasni bt Hashim
*keluarga

Semoga dimasa akan datang penyertaan dalam kalangan guru-guru TMS semakin meningkat.
Untuk penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang perlawanan tenpin boling ini akan diumumkan dalam perhimpunan pagi Isnin pada minggu hadapan, 4 Ogos 2008, dan keputusan penuh disiarkan dalam laman blog ini .
Majulah Sukan Untuk Semua.

21 July 2008

Perlawanan Boling Anjuran Kelab Guru TMS

Perlawanan Boling dalam kalangan guru TMS 2008

Tarikh : 26 JULAI 2008 (Sabtu)
Masa : 3.00ptg
Tempat : Pusat Boling Centre Court, Paroi
Penyertaan : Terbuka kepada guru-guru TMS sahaja
Kumpulan : 4 orang ( 2 lelaki + 2 perempuan)
Yuran Penyertaan : RM12seorang

Sila daftar sekarang kepada
i) En. Syahrul Ghani
ii)En. Zulkifli

Tarikh Tutup Penyertaan : 26 JULAI 2008

Pelbagai Hadiah disediakan:
i) Johan Kumpulan
ii) Naib Johan Kumpulan
iii) Ketiga Kumpulan
iv) Hi-game Lelaki
v) Hi-game Perempuan

Ramai-ramai kita memeriahkan perlawanan julung-julung kali diadakan ini.
Majulah Sukan untuk Negara.

Blog Majalah Sekolah

Selamat melayari blog Majalah Sekolah e-TiMeS...

Apa yang anda dapat semasa melayari e-TiMes?

Anda boleh/dapat :

*mengetahui maklumat terkini/semasa tentang sekolah yang anda sayangi
*menghantar karya/idea kreatif atau apa sahaja yang berkaitan sekolah yang anada ingin kongsikan bersama dengan warga sekolah ini pada bila-bila masa sahaja melalui e-mel ke editor.times.tmskpns@gmail.com
*membaca karya/idea kreatif daripada pelajar TMS
*memberi komen membina kepada penyumbang idea/karya-karya tersiar yang telah anda baca
*mengundi diruangan undian

Semoga bergenbira dengan e-TiMeS!

17 July 2008

BINTANG KECIL

Kumerenungmu waktu malam yang gelap,
kelipan cayahamu begitu kecil memukau mata,
kutahu dirimu tak lama begitu kerna kelak kau kan hilang,
melihat dirimu teringat aku pada yang agung,
melihat dirimu kutahu ada yang lebih berkuasa,
melihat dirimu terasa diriku begitu kerdil.

Hamparanmu pada langit yang gelap,
menghiasi malam pada cakerawala,
bintik-bintik putih yang menyinar,
kadangkala menguntai pelbagai gugus rupa,
misteri di balik langit sukar ditafsir oleh rupamu,
teka-teki hidup akhirnya kuserah pada yang kuasa.

Bintang kejora kecil, berkelip lagi,
hatiku tersentuh melihat cahayanya yang suram,
kalau ada daya, inginku pergi kepadamu,
memberi kata perangsang agar kauterus bersinar lagi,
namun tersedarku daripada mimpi yang suram,
memberitahuku semua itu sia-sia.

Malam ini ku ke sana lagi,
teringatku bintang yang kecil,
kau yang hanya menjelma pada waktu gelap,
tika dinihari kau hilang dimamah cahaya mentari,
ku tertawa peristiwa malam itu,
namun tawaku dalam sendu,tiada sesiapa yang tahu

Coretan hati:
IZZUDDIN(5 IBNU SINA)

Seloka 1 Ibnu Majjah 2007

Assalamualaikum pembuka bicara,
buat tatapan kita semua,
sembilan dara sebelas teruna,
marilah kita renungkan bersama.

Berbadan besar ceria orangnya,
Encik Amiruddin diberi nama,
pelbagai kerenah ‘sempoi’orangnya,
membuat lawak itulah kerjanya.

Khairul Azran penghulu kami,
Atter pula nama digelari,
aktif orangnya tegap sekali,
kerja diberi tak pernah dipeduli.

Nurafifah Najwa penghuluwati,
menghadap cermin itulah hobi,
Nurul Aqilah merangkap ceti,
kedua-duanya sering `berkelahi`.

Seterusnya pula setiausaha kami,
kecil orangnya amat disenangi,
apabila tersengih nampaklah gig,
itulah dia si Khairul Fikri.

Amirul Husni punya cerita,
Agon pula nama manjanya,
atlet sekolah pantas orangnya,
apabila gelak semacam bunyinya.

Amir Hariri,Affiq Amran,
Cuping dan Karru nama gelaran,
seorang tenang seorang baran,
perangai pula tidak tertahan.

Azreen pula penghuni aspuri,
lambat masuk terlepas destinasi,
Mimi,Farah,Fatin memang sekaki,
duduk di barisan hadapan sekali.




Syaza Liyana dan Nuran Hilmi,
berasal dari Seri Menanti,
duduk barisan hujung sekali,
mereka berdua memang sehati.

Danial,Amshar dan juga Syahmi,
itulah dia teruna kami,
mereka bertiga gemar menyendiri,
Apabila bersembang tak ingat diri.

Hazim,Ashraf Faris punya angkara,
seluruh kelas gamat jadinya,
becok mulut tidak terkata,
bising kelas merekalah punca.

Firdaus pula punya cerita,
Kepeng konon nama gelarannya,
pendiam dia becok pun dia,
ceria sentiasa tak kira masa.

Diyana Haris empunya diri,
Che Tam pula nama digelari,
tegas orangnya baran sekali,
gadis besi atlet negeri.

Cukuplah dulu setakat ini,
izinkan saya mengundur diri,
kalau terasa harap dimaafi,
1 ibnu majjah 2007 tetap di hati.

Memori 1 Ibnu Sina (1A)

Assalamualaikum kepada semua,
semoga hidup dalam sejahtera,
15 puteri 8 putera,
1 ibnu sina punya cerita.

Puan Rokiah guru kelas kami,
lemah lembutnya semula jadi,
Ustazah Hasni manis sekali,
sangat penyayang sumber inspirasi.

Ketua kelas jawatan diberi,
Arfizi namanya penolongnya Umi,
suka bertekak sesama sendiri,
namun mereka tetap dihormati.

Sains matematik tidak bercanggah,
gurunya Encik Azizan dan Puan Faridah,
nampak tegas tetapi peramah,
mengajar kami penuh tabah.

Abrar dan Arina kawan sejati,
buat lawak tak kering gusi,
kalau bercerita sampai ke pagi,
buatkan Tifah nak join sekaki.

Sikap peramah menambat hati,
membuat pelajar senang hati,
apabila mengajar sangat dedikasi,
itulah Puan Hajah Nor`ain dan Encik Azmi

Aimi,N azirah,Ranjini periang orangnya,
gelak ketawa perkara biasa,
Apabila memekak tak ingat dunia,
Jikalau ditegur tiada guna.

Puan Jamaliah mengajar Pendidikan Seni,
Puan Noraizan pula subjek Geografi,
waktu belajar riuh sekali,
kedua-duanya guru kesayangan kami.





Orangnya memang comel sekali,
Itulah Ain Azzahra budak aspuri,
kalau Yana ada sekali,
Mulalah bercakap kalahkan kereta api.

Cik Masita sopan orangnya,
ke mana-mana sentiasa bergaya,
Encik Masrul pula aktif orangnya,
sentiasa prihatin dengan tugasnya.

Syira,Isha,Ameng tiga sahabat,
nota cikgu sentiasa dibuat,
kalau memekak punyalah hebat,
apabila bersama terasa selamat.

Najwa dan Amirah peramah orangnya,
ke mana-mana sentiasa bersama,
semua suka berkawan dengannya,
tak kira agama dan juga bangsa.

Loo,Lim, Kuan berketurunan Cina,
Perpustakaan tempat kegemaran mereka,
selalu belajar bersama-sama,
berusaha mencapai cita-cita.

Kamil,Fikri, Faizal nama diberi,
dua orang rendah, seorang tinggi,
pasal komputer hebat sekali,
bermain `game` itulah hobi.

Itulah memori kelas kami,
setiap kenangan terpahat di hati,
salah silap harap dimaafi,
jumpa lagi lain kali



Dihasilkan oleh,

Pelajar-pelajar 1 Ibnu Sina 2007

“KENANGAN TERINDAH”

Assalamualaikum kata diberi,
ini seloka ‘form 6’ Aspuri,
suka duka kami harungi,
dari dulu hingga kini.

Orangnya baik tegas sekali,
pengganti ibu kala sunyi,
jaga kami setiap hari,
itulah mereka warden kami.

SMK Tuanku Muhammad sekolah kami,
Kuala Pilah jadi lokasi,
pahit manis kami tempuhi,
akan kekal dalam memori.

STPM tidak lama lagi,
ibu bapa pendorong kami,
ketika belajar khusyuk sekali,
target ‘4a’ matlamat kami.

Ada seorang amoi Cina,
tanya berulang jadi identiti
pendorong kami untuk membaca,
Si amoi Ng kami ingati

Pelajar comel nakal sekali,
paling kecil antara kami,
apabila bersin kalahkan gergasi,
siapa ini? Kalau bukan Jasni.

Orangnya rajin mengulang kaji,
apabila belajar tekun sekali,
penolong ketua jawatan dipegangi,
itulah Linda sahabat kami.

Budak ganjil antara kami,
aliran sains pilihan hati,
cita-cita jadi doktor gigi,
kawan kami itulah Rohani.

Mata sepet macam Cina,
suka masak katanya mudah,
buat kerja serba tak kena,
budak itu ialah Maridah

Tukang urut dan bendahari,
sangat rajin bijak mengurus,
pungut duit macam ceti,
itulah dia Siti Fairus.

Apabila bercakap petah sekali,
setiap kata jadi tumpuan,
sudah lama di sekolah ini,
Ain Daud itulah gerangan.

Apabila bosan suka menyanyi,
paling kreatif antara kami,
seloka ini siap dikarangi,
Itulah Shima nama diberi.

SMK Tuanku Muhammad kami ingati,
Asrama Puteri banyak memori,
terima kasih warden Aspuri,
jasa kalian kekal di hati.

Harap anda terhibur hati,
apabila membaca seloka ini,
salah silap daripada kami,
‘form 6’ Aspuri mohon dimaafi.



Hasil nukilan,
Norhasima bt Harun,
6A3 (form 6 Aspuri)

AJK Asrama Puteri 2006/2007

Aspuri

Duduk dari kiri: Aina, Atikah, Shafiqa, Cik Zuraidah, Cik Hasni, Ain, Fairus, Aini
Berdiri di belakang: Rohani, Kasturi, Nadia, Leeya, Wahida, Hidayah, Faridah, Hidayah, Dila, Shira, Wani, Sabrina.

Visi, Misi dan Matlamat

Visi
Melahirkan pelajar cemerlang dan berakhlak mulia menjelang 2008.


Misi
Mewujudkan suasana pembelajaran dan pembelajaran kondusif ke arah kecemerlangan akademik.

Berusaha meningkatkan kecemerlangan kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan melalui pendekatan inovatif, kreatif serta efektif.

Menyediakan warga sekolah yang berdaya saing dan dinamik.


Matlamat
  • Sekolah akan mencapai kelulusan 100% bagi semua mata pelajaran
  • Murid akam mampu berkomunikasi secara berkesan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Semua warga sekolah celik IT
  • Murid terlibat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum sebanyak 85%
  • Akan wujud juara berwatak unggul dalam bidang kokurikulum

URL Laman Web Rasmi Sekolah :

http://www.geocities.com/tmskpns

e-mel Sekolah :

tmskpns@yahoo.com